Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad ( AFFINBANK ) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia. AFFINBANK mula beroperasi pada bulan Januari 2001 susulan daripada penggabungan Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada Jun 2005, ia bergabung dengan Affin-ACF Finance Berhad.

AFFIN BANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan individu dan korporat. Sasaran bidang pihak perniagaan pihak Bank telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama di dalam Bank, iaitu Perbankan Perniagaan, Perbankan Pengguna dan ’Treasury’. Perbankan Perniagaan menawarkan perkhidmatan perbankan korporat, pembiayaan kewangan kontrak dan pembiayaan kewangan dagangan kepada syarikat-syarikat korporat pelanggan-pelanggan institusi dan perusahaan kecil / sederhana (’SME’). Perbankan Pengguna menawarkan kad-kad kredit, pinjaman-pinjaman peribadi, pembiayaan hartanah, perkhidmatan akaun semasa / simpanan dan juga pinjaman pembiayaan kenderaan kepada individu-individu.

AFFINBANK juga menyediakan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad ( AFFIN ISLAMIC ). AFFIN ISLAMIC bermula operasi sebagai entiti perbankan Islam sepenuhnya pada 1 April 2006, dan menawarkan produk dan khidmat Perbankan Islam untuk pelanggan-pelanggan individu dan korporat yang mematuhi undang-undang Syariah.

BANK GUARANTEE-I

Agensi : Affin Bank Berhad
Kategori Entri : Perkhidmatan Pembiayaan/Insentif

Jaminan Bank-i (BG-i) adalah suatu aku janji oleh Bank untuk membayar benefisiari amaun yang dinyatakan dalam jaminan itu jika peristiwa yang dinyatakan di dalamnya telah berlaku. BG-i diformulasikan


ENHANCER

Agensi : Affin Bank Berhad
Kategori Entri : Perkhidmatan Pembiayaan/Insentif

Membantu usahawan yang mempunyai projek yang berdaya maju tetapi kekurangan cagaran untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan daripada institusi kewangan. Ini termasuklah pembiayaan untuk Modal


ENHANCER-I

Agensi : Affin Bank Berhad
Kategori Entri : Perkhidmatan Pembiayaan/Insentif

Bantuan pembiayaan berbentuk syariah untuk usahawan yang mempunyai projek yang berdaya maju tetapi kekurangan cagaran.Ini termasuklah pembiayaan untuk Modal Kerja, Pengembangan perniagaan termasuk


SKIM PEMBIAYAAN SME AFFIN

Agensi : Affin Bank Berhad
Kategori Entri : Perkhidmatan Pembiayaan/Insentif

 Pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk berdaya saing. 


TABUNG INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 2 (TIKS2)

Agensi : Affin Bank Berhad
Kategori Entri : Perkhidmatan Pembiayaan/Insentif

Bantuan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti PKS dalam sektor berorientasikan eksport dan domestik. Jumlah pembiayaan yang disediakan ialah RM5 juta dengan tempoh pembiayaan selama 5 tahun. Kadar


TABUNG USHAWAN BARU 2 (TUB2)

Agensi : Affin Bank Berhad
Kategori Entri : Perkhidmatan Pembiayaan/Insentif

Menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat Bumiputera yang bersaiz kecil dan sederhana dengan memastikan syarikat ini mendapat akses pembiayaan pada kos yang berpatutan. Jumlah pembiayaan ialah


AFFIN BANK BERHAD
17th Floor, Menara Affin
80, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur

Tel    :      +603-2055 9000
Faks :      +603-2026 1415

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
9.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang