Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah dipertanggungjawabkan dengan peranan utama yang melibatkan pengendalian eksplorasi mineral secara sistematik, penyiasatan pelbagai bidang geosains, menyediakan perkhidmatan analisis geokimia dan ujian fizikal bahan batuan dan mineral. Ini menjadikan JMG sebagai bank data nasional bagi semua maklumat berkaitan dengan geosains dan sumber mineral negara. Pada masa yang sama, JMG perlu melaksanakan dasar dan arahan Kerajaan berhubung dengan industri mineral dan geosains, di samping mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

LESEN BIJIH TIMAH

Agensi : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Kategori Entri : Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan & Perlesenan

Kemudahan pendaftaran lesen pemprosesan bijih mineral. Fi (yuran) tahunan yang dikenakan ialah RM100.00 dan deposit RM200.00.


LESEN HIDRAULIK

Agensi : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Kategori Entri : Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan & Perlesenan

Kemudahan pendaftaran lesen hidraulik. Tiada Fi (yuran) tahunan dikenakan.


PEMBAHARUAN LESEN BIJIH TIMAH

Agensi : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Kategori Entri : Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan & Perlesenan

Kemudahan pembaharuan pendaftaran lesen pemprosesan bijih mineral. Fi (yuran) tahunan yang dikenakan ialah  RM100.00.


Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Kuala Lumpur, Malaysia.
50658 Kuala Lumpur

Tel    :      03-21611033
Faks :      03-21611036

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Selasa - Khamis
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi - 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang