Majlis Daerah Jelebu

Majlis Daerah Jelebu (MDJ) telah diisytiharkan pada 28 Ogos 1980 melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Majlis berperanan memastikan pembangunan yang seimbang dari aspek sosial dan fizikal dalam memastikan Jelebu tidak ketinggalan dari arus pembangunan. Antara usaha yang dilaksanakan termasuklah meningkatkan proses cadangan pemaju bagi menigkatkan sistem penyampaian, menilai harta tanah di dalam kawasan Majlis Daerah Jelebu bagi tujuan kadaran dengan adil dan saksama dan perancangan pengurusan pentadbiran dan pembangunan sumber manusia yang efisen.

Pada masa yang sama, MDJ turut memastikan pengurusan kewangan yang berkualiti, mengawal aktiviti perbandaran bagi mewujudkan suasana bandar yang harmoni, merancang dan membangunkan infrastuktur awam yang berkualiti dan mengawal dan memastikan penguatkuasaan ke atas akta undang-undang kecil dan peraturan bagi menjamin keselesaan masyarakat.

BAZAAR MAJLIS DAERAH JELEBU (MDJ) DI PERTANG (TINGKAT ATAS)

Agensi : Majlis Daerah Jelebu
Kategori Entri : Perkhidmatan Premis Perniagaan

Kekosongan 1 unit bazar Majlis Daerah Jelebu di Pertang untuk disewa.


GERAI MAJLIS DAERAH JELEBU KAMPONG PUOM (MDJ)

Agensi : Majlis Daerah Jelebu
Kategori Entri : Perkhidmatan Premis Perniagaan

Terdapat kekosongan satu unit gerai di Kampung Puom dibawah penguasaan Majlis Daerah Jelebu.


PASAR KUALA KLAWANG (MDJ)

Agensi : Majlis Daerah Jelebu
Kategori Entri : Perkhidmatan Premis Perniagaan

Pasar awam di Kuala Klawang untuk disewa. Terdapat kekosongan 1 unit gerai, nombor gerai 68.

Negeri Sembilan


Majlis Daerah Jelebu,
Pejabat Majlis Daerah Jelebu,
71600 Kuala Klawang,
Jelebu, Negeri Sembilan.
71600 Negeri Sembilan

Tel    :      606 - 613 6479
Faks :      606 - 613 7515

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang