Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development ( MASMED )

Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) yang ditubuhkan pada tahun 1975 untuk mengelolakan rancangan pendidikan, penyelidikan dan menyelenggarakan khidmat perunding keusahawanan. Pada 3 Mac 2010 Jawatankuasa Eksekutif telah meluluskan penubuhan Institut Keusahawanan UiTM dan pada 1 April 2010 telah memutuskan bahawa MEDEC, ERSC dan Tunas Mekar digabungkan dan diletakkan di bawah Institut Keusahawanan yang kemudiannya dinamakan MASMED.

Objektif utama MASMED adalah untuk menyokong masyarakat bumiputera dalam bidang komersil, menyokong Teras Keusahawanan dalam universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan mengeluarkan usahawan di kalangan graduan UiTM. Usaha MASMED juga termasuklah memupuk dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan di kalangan siswa siswi dan tenaga pengajar dalam meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan pekerjaan di kalangan graduan UiTM dan untuk menjana pendapatan universiti.

INOVASI PRODUK & PROGRAM LITERASI LAB PRA-PENGKOMERSILAN

Agensi : Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development ( MASMED )
Kategori Entri : Perkhidmatan Perniagaan

Satu program usahasama MASMED dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyediakan akses khidmat nasihat serta latihan. Antaranya, Sectorial Techno Entrepreneurship Programme - 4 (STEP),

Latihan


PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN SISWAZAH (GEDEP)

Agensi : Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development ( MASMED )
Kategori Entri : Perkhidmatan Perniagaan

Satu program yang disasarkan kepada graduan UiTM yang telah tamat pengajian atau masih menunggu konvokesyen di mana matlamat program ini adalah untuk melatih peserta dengan input kritikal

Latihan


PROGRAM PENSIJILAN KAUNSELOR PKS

Agensi : Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development ( MASMED )
Kategori Entri : Perkhidmatan Perniagaan

Satu program latihan berasaskan situasi perniagaan masa kini yang fokus untuk mewujudkan dan membangunkan pakar-pakar dan kaunselor - kaunselor bertauliah dalam bidang keusahawanan untuk


Blok 13, INTEKMA Resort & Convention Centre,
Universiti Teknologi MARA, Seksyen 7
Shah Alam,
40000 Selangor

Tel    :      03-55225461
Faks :      03-55225467

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi - 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang