Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS )

Pada 6 April 2012, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia atau lebih dikenali sebagai FINAS telah digabungkan bersama Filem Negara Malaysia (FNM) dan diterajui oleh FINAS sendiri. Antara intipati penggabungan itu termasuklah meminda Akta 244 dengan memasukkan fungsi terkini menyebar maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan melalui pengeluaran filem dan merakam liputan peristiwa bagi maksud arkib.

Selain itu, FINAS juga berperanan menyediakan kemudahan dari segi perkhidmatan perfileman seperti mengkaji, menggubal dan melaksana dasar serta peraturan berkaitan industri perfileman. Strategi FINAS untuk melaksanakan objektif ini termasuklah memastikan kandungan kreatif Malaysia diterima di peringkat domestik dan mampu bersaing di pasaran serantau dan antarabangsa serta mewujudkan persekitaran yang menggalakkan peningkatan jumlah pelaburan dalam dan luar negara bagi industri komunikasi dan multimedia. Ini dilaksanakan melalui insentif seperti geran, pelaburan dan rebat atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain kepada penggiat perfileman. Malah, FINAS turut menggalakkan Malaysia sebagai lokasi penggambaran bagi merangsang industri filem tempatan.

BANTUAN PENERBITAN FILEM PENDEK / DOKUMENTARI PENDEK / ANIMASI PENDEK

Agensi : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS )
Kategori Entri : Perkhidmatan Pembiayaan/Insentif

Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia diwujudkan bertujuan melahirkan karya filem Malaysia bermutu tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan menggalakkan pertumbuhan bakat serta


PEMBAHARUAN LESEN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PENGELUARAN/PENGEDARAN/PAMERAN FILEM

Agensi : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS )
Kategori Entri : Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan & Perlesenan

Bagi pemegang lesen yang memiliki cawangan, pastikan lesen-lesen cawanganjuga diperbaharui jika tamat tempoh. Pembaharuan lesen hendaklah dibuat sekurang-kurangnyatiga puluh hari sebelum habis


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka,
Jalan Hulu Kelang,
68000 Selangor

Tel    :      03-4104 1300
Faks :      03-4107 5216

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
12.30 Tengahari - 1.30 Petang