Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) ditubuhkan pada 1 Mac 1972 di bawah Ordinan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak sebagai sebuah badan berkanun bagi mempromosi industri perdagangan dan pembangunan sosio-ekonomi di negeri Sarawak. Membawa bersama objektif untuk mempromosikan pembangunan ekonomi negeri sebagai “catalyst” dalam industry perintis dan strategik serta berusaha untuk membangunkan projek-projek khas untuk kerajaan bagi meningkatkan taraf dan kualiti untuk kehidupan yang lebih baik bagi rakyat Sarawak.

PROGRAM PEMBANGUNAN RAKYAT KHAS (PPRK)

Agensi : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
Kategori Entri : Perkhidmatan Pembiayaan/Insentif

Menyediakan pinjaman kewangan tanpa faedah untuk membeli mesin / peralatan perniagaan atau modal pusingan sebagai sebahagian program pembasmian kemiskinan untuk Bumiputera di Negeri Sarawak.


PROGRAM PENINGKATAN USAHAWAN BUMIPUTERA (PUTERA)

Agensi : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
Kategori Entri : Perkhidmatan Pembiayaan/Insentif

Iamerupakan program usaha sama di antara Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dan SEDC bertujuan untuk membantu dan meningkatkan taraf peniaga kecil Bumiputera yang berpotensi dan berdaya maju.


Tingkat 6 - 11, Menara SEDC, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching, Sarawak
93100 Sarawak

Tel    :      082416777
Faks :      082424330

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang