AGROBAZAAR K-SHOPPE

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

K-Shoppe adalah outlet kedai kumpulan usahawan tani yang mengusahakan perniagaan secara pemborongan ataupun peruncitan produk-produk proses keluaran Usahawan Asas Tani di suatu premis yang dimiliki oleh usahawan. K-Shoppe adalah berkonsepkan "Showcase dimana produk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dipamer dan dijual segar secara terus kepada pengguna. Ianya berkonsepkan rangkaian perniagaan yang seragam dari segi warna, alatan display dan signboard.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pemasaran & Promosi
  • Khidmat Nasihat
  • Bantuan Peralatan
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA.Perlu mengisi borang pendaftaran untuk menyertai program K-Shoppe.
  • Kumpulan usahawan ini perlu mengenalpasti lokasi pilihan mereka dan mencadangkan kepada FAMA. Lokasi yang dipilih mestilah strategik, menjadi tumpuan orang ramai, mudah untuk keluar masuk bagi pengunjung dan mempunyai kemudahan tempat letak kenderaan.
  • Usahawan mestilah dari kalangan Usahawan Asas Tani dibawah bimbingan Jabatan/Agensi atau mana-mana pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Pemberian perkhidmatan tertakluk kepada daya maju projek dan usahawan.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    Bangunan FAMA Point,
    Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
    Bandar Baru Selayang,
    Batu Caves
    68100 Selangor

    Tel    :      03 61262020
    Faks :      03 61383650

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang