AGROBAZAAR (OUTLET RUNCIT FAMA)

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Agrobazaar merupakan satu entiti yang dimiliki oleh FAMA berfungsi untuk menyediakan ruang pasaran yang kompetitif sebagai pusat jualan dan promosi produk Industri Asas Tani. Dengan menawarkan berbagai produk dalam komponen di atas, Agrobazaar ini akan menjadi satu 'one stop centre' serta 'flagship' bagi mendapatkan produk-produk yang berasaskan pertanian. Selain disediakan kerusi dan meja untuk minum dan bersantai, Agrobazaar ini juga dilengkapi dengan fasiliti internet untuk kemudahan pelanggan. Bangunan sedia ada ini akan diubahsuai semula dan penekanan akan diberikan terhadap memberikan satu imej yang mempunyai identiti tersendiri sesuai dengan keadaan masakini.Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:

  • Menyediakan peralatan yang diperlukan seperti alatan display, signboard secara pinjaman dan mengecat bangunan jika difikirkan perlu.
  • Memberi khidmat nasihat dari segi pengeluaran dan pemasaran.
  • Mengadakan promosi dari masa ke semasa.
  • Memantau keseluruhan projek agar ia selari dengan objektif yang dirancangkan.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pemasaran & Promosi
  • Khidmat Nasihat
  • Bantuan Peralatan
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA. Perlu mengisi borang pendaftaran untuk menyertai Agrobazaar. Usahawan juga perlu mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh FAMA bagi mengetahui maklumat latar belakang usahawan.
  • Kumpulan usahawan ini perlu mengenalpasti lokasi pilihan mereka dan mencadangkan kepada FAMA. Lokasi yang dipilih mestilah strategik, menjadi tumpuan orang ramai, mudah untuk keluar masuk bagi pengunjung dan mempunyai kemudahan tempat letak kenderaan. Selain itu kedai yang dipilih mestilah lot kedai kekal dan bersaiz linkungan 20' x 40'
  • Premis disewa oleh usahawan. Deposit, sewa, bil air & elektrik, lesen dan lain-lain kos termasuk deposit yang berkenaan adalah tanggungjawab usahawan.
  • Ruang perniagaan dijadikan tempat pengumpulan dan pengedaran produk asa tani sahaja. Produk-produk asas tani ini boleh terdiri dari kategori sos & lepa, sejuk beku, snek & makanan tradisional, jus & kordial dan kek & bakeri.
  • Usahawan juga diwajibkan untuk menjual produk-produk keluaran FAMA iaitu AgroMas dan OleMas.
  • Produk yang dipasarkan adalah produk yang masih 'fresh' dan sesuai untuk dimakan.
  • Hari dan waktu perniagaan hendaklah ditentukan secara tetap mengikut kesesuaian tempat dan permintaan pengguna
  • Usahawan mesti dari kalangan usahawan asas tani di bawah bimbingan jabatan/agensi atau mana-mana pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    Bangunan FAMA Point,
    Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
    Bandar Baru Selayang,
    Batu Caves
    68100 Selangor

    Tel    :      03 61262020
    Faks :      03 61383650

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang