BANTUAN PENERBITAN FILEM PENDEK / DOKUMENTARI PENDEK / ANIMASI PENDEK

Agensi : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS )
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia diwujudkan bertujuan melahirkan karya filem Malaysia bermutu tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan menggalakkan pertumbuhan bakat serta memajukan tahap profesionalisme para penggiat dan pengamal filem. Skim ini dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiridari kalangan karyawan dan penggiat filem. Bantuan penerbitan tidak melebihi RM30,000.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Insentif
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Warganergara Malaysia berumur 20-40 tahun.
  • Belum pernah menerbitkan dan mengarah filem / dokumentari pendek / animasi pendek tetapi mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perfileman.
  • Belum mencapai tahap kejayaan di peringkat antarabangsa di dalam penerbitan filem / dokumentari pendek.
  • Filem mestilah berbahasa Malaysia iaitu tajuk, skrip dan dialog dalam Bahasa Malaysia ( sekurang-kurangnya 60%)
  • Durasi tidak melebihi 10 minit.
  • Hendaklah menggunakan kemudahan perlatan perfileman dan perkhidmatan pasca - produksi FINAS.
  • Menunjukkan ciri-ciri berlatar belakang Negara Malaysia.
  • Pemohon hanya boleh memohon sekali sahaja.
  • Pemohon adalah bukan pelajar IPTA / IPTS.
  • Pemohon merupakan pengarah dan penulis skrip filem yang ingin diterbitkan.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

Maklumat Agensi

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS )
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka,
Jalan Hulu Kelang,
68000 Selangor

Tel    :      03-4104 1300
Faks :      03-4107 5216

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
12.30 Tengahari - 1.30 Petang