DANA BUMIPUTERA AL-ANSAR

Agensi : Lembaga Tabung Haji
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Dana ini merupakan Akaun Pelaburan Terhad (Restricted Investment Account RIA) yang pertama di Malaysia yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).  Dana ini menyediakan kemudahan pembiayaan modal kerja, pembiayaan kontrak dan perbelanjaan modal bernilai antara RM50,000 hingga RM1 juta dalam tempoh 5 tahun, dengan tawaran kontrak yang mematuhi Syariah iaitu Kontrak Tawarruq. Lembaga Tabung Haji telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk dana ini dan Bank Islam Malaysia Berhad dilantik sebagai agen Pengurus dana (Program Pembiayaan PKS Al-Ansar) bagi menyalurkan kemudahan pembiayaan tersebut kepada usahawan-usahawan Bumiputera terpilih.Lembaga Tabung Haji juga akan memperuntukkan dana ini dengan memberi keutamaan kepada 11 sektor industri seperti Makanan Halal, Minyak dan Gas, Pendidikan, Kesihatan, Pertanian, Pertanian Asas dan Asas Tani, Pembinaan, Pengangkutan, Sokongan Telekomunikasi dan Utiliti, Borong dan Runcit, dan Hospitaliti.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Milikan Tunggal
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

      Maklumat Agensi

      Lembaga Tabung Haji
      Lembaga Tabung Haji
      201, Jalan Tun Razak,


      50400 Kuala Lumpur

      Tel    :      +603 2054 2000
      Faks :      +603 2163 2308

      Waktu Perkhidmatan

      Hari Bekerja :
      Isnin - Jumaat
      Waktu Bekerja :
      8.00 Pagi - 5.00 Petang
      Waktu Rehat :
      1.00 Petang - 2.00 Petang