GERAI MEDAN SELERA (MPAJ)

Agensi : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
Kategori Entri : Premis Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan gerai bazar, pasar dan Kompleks Muhibah yang boleh diperolehi di aras 12 Jabatan. Penilaian & Pengurusan Harta. Borang permohonan akan diproses dan panggilan temuduga akan diadakan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat kekosongan unit gerai.  Bagi permohonan yang berjaya, surat tawaran akan dikeluarkan beserta dengan syarat-syarat kemasukan penyewaan. Pemohon hendaklah mengembalikan Borang Akuan Terima dan menjelaskan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Kegagalan mengembalikan borang akuan terima dan menjelaskan bayaran akan menyebabkan surat tawaran terbatal dan tawaran baru akan dikeluarkan kepada pemohon kedua yang berjaya.

Jenis Premis Yang Disediakan
  • Gerai (Untuk Disewa)
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Selangor
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Satu salinan kad pengenalan.
    • Sekeping gambar berukuran passport.

    Maklumat Agensi

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya,
    Menara MPAJ Jalan Pandan Utama,
    Pandan Indah,

    55100 Kuala Lumpur

    Tel    :      03-4296 8000, 1
    Faks :     

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.30 Pagi - 5.30 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang