IBU 3 AL-MUSYARAKAH (USAHASAMA)

Agensi : Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Pinjaman berbentuk syariah Al-Musyarakah merujuk kepada perkongsian atau usaha sama untuk menjalankan perniagaan tertentu dengan motif untung, yang mana pengagihan keuntungan / kerugian dibuat berasaskan jumlah modal yang disumbangkan. Pinjaman di antara RM1,000 sehingga RM5,000.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
  • Milikan Tunggal
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Perak
Lain-lain kelayakan
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang bermastautin dan menjalankan perniagaan di Negeri Perak
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 59 tahun
  • Tidak mempunyai pembiayaan semasa dengan agensi lain
  • Berpendapatan di bawah RM1500
  • Menjalankan perniagaan tunggal
  • Perniagaan yang berlandaskan syariah.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Foto terkini (ukuran passport) dua salinan
  • Kad pengenalan satu salinan
  • Kad pengenalan isi rumah satu salinan
  • Dokumen pengesahan OKU (jika ada) satu salinan
  • Surat perjanjian / kebenara sewa kedai / tanah dan sebagainya satu salinan
  • Kebenaran / permit perniagaan satu salinan
  • Sijil kemahiran dan setaraf dengannya satu salinan
  • Sebut harga / dokumen sokongan satu salinan
  • Gambar - gambar kediaman dan premis perniagaan.

Maklumat Agensi

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Aras D-2-1,Greentown Square,
Jalan Dato' Seri Ahmad Said,
Ipoh
30450 Perak

Tel    :      05 - 255 5945
Faks :      05 - 255 5941

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang