IKTISAD BINA UPAYA (IBU) 2

Agensi : Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Pinjaman Iktisad Bina Upaya (IBU) 2 merupakan pinjaman berbentuk syariah bagi pembelian aset-aset atau keperluan perniagaan di mana harga asal dan keuntungan diketahui oleh pemohon dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Had pinjaman adalah dari RM1,000 hingga RM5,000 dan hanya terbuka bagi rakyat negeri Perak sahaja.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Perak
Lain-lain kelayakan
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang bermastautin dan menjalankan perniagaan di negeri Perak
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 59 tahun
  • Tidak mempunyai pembiayaan semasa dengan agensi lain
  • Berpendapatan di bawah RM 1500
  • Menjalankan perniagaan tunggal
  • Perniagaan yang berlandaskan syariah
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Foto terkini (ukuran passport) dua salinan
  • Kad pengenalan satu salinan
  • Kad pengenalan isi rumah satu salinan
  • Dokumen pengesahan OKU (jika ada) satu salinan
  • Surat perjanjian / kebenara sewa kedai / tanah dan sebagainya satu salinan
  • Kebenaran / permit perniagaan satu salinan
  • Sijil kemahiran dan setaraf dengannya satu salinan
  • Sebut harga / dokumen sokongan satu salinan
  • Gambar - gambar kediaman dan premis perniagaan

Maklumat Agensi

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Aras D-2-1,Greentown Square,
Jalan Dato' Seri Ahmad Said,
Ipoh
30450 Perak

Tel    :      05 - 255 5945
Faks :      05 - 255 5941

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang