INSENTIF ELAUN CUKAI PELABURAN (ITA)

Agensi : Kementerian Kewangan
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Elaun Cukai Pelaburan (ITA) adalahsalah satu insentif cukai utama bagi syarikat yang melabur di sektorperkilangan. Kelayakan untuk ITA adalah berasaskan keutamaan-keutamaan tertentutermasuk tahap tokokan nilai, teknologi digunakan dan hubungan-hubunganperindustrian. Sebagai alternatif kepada TarafPerintis, sebuah syarikat boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (ITA InvestmentTax Allowance). Syarikat yang diberikan ITA mendapatelaun 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak (seperti kilang, loji, jenteradan kelengkapan-kelengkapan lain yang digunakan untuk projek diluluskan)ditanggungi dalam 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertamadilakukan. Syarikat boleh mengofsetkan elaun inidengan 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Mana-manaelaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnyasehingga digunakan sepenuhnya. Baki30% daripada pendapatan berkanunnya akan dicukai pada kadar Bagi pelaburan diKoridor Timur (Kelantan Terengganu, Pahang dandaerah Mersing, Johor), permohonan-permohonan yang diterima daripadasyarkat-syarikat akan menikmati elaun 80% ke atas perbelanjaan modal yang layakditanggungi dalam tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 85%pendapatan berkanunnya untuk setiap tahun taksiran. Permohonanyang diterima sebelum 31 Disember 2010 layak untuk insentif ini.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Insentif Cukai
Kelayakan Perniagaan
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Sabah
  • Sarawak
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut

    Maklumat Agensi

    Kementerian Kewangan
    KEMENTERIAN KEWANGAN
    Kompleks Kementerian Kewangan
    No. 5 Persiaran Perdana
    Presint 2, Pusat Pentadbiran
    Kerajaan Persekutuan

    62592 Putrajaya

    Tel    :      03-8000 8000
    Faks :      03-8882 3893

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    9.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang