INSENTIF ELAUN INFRASTRUKTUR (IA)

Agensi : Kementerian Kewangan
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Insentif Elaun Infrastruktur atauInfrastucture Allowance (IA) diberi kepadamana-mana syarikat pemastautin di Malaysia yang menjalankan aktivitiperkilangan, hotel, pelancongan atau lain-lain aktiviti perdagangan atauperindustrian di Sabah, Sarawak dan di Koridor Pantai Timur, SemenanjungMalaysia. Syarikat akan diberi elaun sebanyak100% berdasarkan perbelanjaan modal bagi pembinaan infrastruktur (sepertipembinaan semula, penambahan atau pembaikan mana-mana struktur kekal termasukjambatan, jeti, pelabuhan atau jalan raya). Elaun ini boleh digunakan untukditolak sehingga 85% daripada pendapatan berkanun bagi suatu tahun taksiran.Baki pendapatan berkanun akan dikenakan cukai pendapatan syarikat mengikutkadar cukai yang sedang berkuatkuasa. Sebarang jumlah elaun yang tidakdigunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga keseluruhan jumlahelaun tersebut digunakan sepenuhnya.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Insentif
Kelayakan Perniagaan
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Sabah
  • Sarawak
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut

    Maklumat Agensi

    Kementerian Kewangan
    KEMENTERIAN KEWANGAN
    Kompleks Kementerian Kewangan
    No. 5 Persiaran Perdana
    Presint 2, Pusat Pentadbiran
    Kerajaan Persekutuan

    62592 Putrajaya

    Tel    :      03-8000 8000
    Faks :      03-8882 3893

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    9.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang