INSENTIF KEMUDAHAN RANGKAIAN BILIK SEJUK YANG MENYEDIAKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN

Agensi : Kementerian Kewangan
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Kemudahan rangkaian biliksejuk yang menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk bilik sejuk, trakrefrigeran dan perkhidmatan berkaitan lain seperti pemungutan, penyimpanan danpengedaran produk makanan buatan tempatan yang mudah rosak (i) Taraf PerintisSyarikat-syarikat yang mengusahakanperkhidmatan berkaitan perkilangan layak mendapat Taraf Perintis denganpengecualian cukai sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi tempoh limatahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasatempoh perintis boleh dibawa ke depan dan ditolak daripada pendapatan pascaperintis syarikat berkenaan. (ii) Elaun Cukai PelaburanSebagai alternatif kepada TarafPerintis, syarikat-syarikat boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (ITA).Syarikat-syarikat yang diluluskan ITA diberi elaun sebanyak 60% ke atasperbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima dari tarikhperbelanjaan modal layak pertama. Syarikat-syarikat boleh menggunakanelaun ini untuk ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanunnya pada tahuntaksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ketahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% daripadapendapatan berkanun akan dikenakan cukai pada kadar cukai syarikat semasa.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Insentif Cukai
Kelayakan Perniagaan
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut

    Maklumat Agensi

    Kementerian Kewangan
    KEMENTERIAN KEWANGAN
    Kompleks Kementerian Kewangan
    No. 5 Persiaran Perdana
    Presint 2, Pusat Pentadbiran
    Kerajaan Persekutuan

    62592 Putrajaya

    Tel    :      03-8000 8000
    Faks :      03-8882 3893

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    9.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang