INSKEN HIGH PERFORMING (PROGRAM SYARIKAT BERPRESTASI TINGGI)

Agensi : Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

INSKEN High Performing Program berperanan untuk meningkatkan keupayaan pengurusan organisasi di kalangan pengarah dan pengurusan kanan syarikat.Antara yang diberi fokus utama dalam pembangunan kapasiti syarikat berprestasi tinggi ialah Syarikat TeraS, penerima Dana Mudahcara di bawah TERAJU dan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). INSKEN menyediakan 4 program berikut:

  • INSKEN SME Director Program: Matlamat akhir program ini adalah untuk memberi penekanan kepada peri penting urus tadbir korporat (corporate governance) dalam merangsang prestasi syarikat. Program ini juga mengasah kemahiran kreativiti dan inovasi pengarah syarikat dalam membuat keputusan yang tepat.
  • INSKEN SME Financial Management Program: Program ini fokus untuk meningkatkan keupayaan kemahiran pengurusan kewangan melalui penilaian kestabilan bisnes. Program ini turut memberi pendekatan menganalisis impak GST kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana.
  • INSKEN SME Mergers and Acquisition Program: Program ini memberi pendedahan mengenai penguasaan syarat dan peraturan dalam melaksanakan penggabungan dan pengambil alihan (mergers and acquisitions) syarikat. Pengarah syarikta dapat mengoptimumkan hasil daripada aktiviti ini dengan menganalisis risiko ketidakpastian dan cabaran dalam pelaksanaan mergers and acquisition.
  • INSKEN SME Leaders' Innovation & Creativity Program: Pengarah syarikat akan dilatih untuk membudayakan inovasi dan pemikiran kreatif di dalam organisasi untuk memperkasakan pendapatan bisnes. Pertumbuhan syarikat dapat dirangsang melalui strategi inovasi yang mampan.
  • Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
    • Latihan
    Kelayakan Perniagaan
    • Semua jenis perniagaan
    Kelayakan Mengikut Negeri
    • Semua Negeri
    Lain-lain kelayakan
      Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

        Maklumat Agensi

        Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
        Unit 2.4, Tingkat 2, Surian Tower,
        No. 1, Jalan PJU 7/3,
        Mutiara Damansara,
        47810 Petaling Jaya,
        Selangor Darul Ehsan
        47810 Selangor

        Tel    :      03-78488800
        Faks :      03-78488900

        Waktu Perkhidmatan

        Hari Bekerja :
        Isnin - Jumaat
        Waktu Bekerja :
        8.30 Pagi - 5.30 Petang
        Waktu Rehat :
        1.00 Petang - 2.00 Petang