INSKEN SCALE-UP (INSKEN BUSINESS TRAINING)

Agensi : Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Program ini memberi peluang kepada usahawan untuk mempelajari ilmu-ilmu teknikal perniagaan, 'business know-how' dan bagaimana mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya. INSKEN Business Training (IBT) - Program yang berorientasikan latihan teknikal perniagaan (business know how) bagi membantu usahawan mengukuhkan operasi sesebuah perniagaan. INSKEN menjalankan program IBT seperti berikut:

  • Action Business Plan : Usahawan akan membangunkan pelan perniagaan merangkumi pelan tindakan spesifik dan strategi jangka masa pendek dan sederhana yang realistik untuk merapatkan jurang prestasi semasa. Usahawan juga akan mengenalpasti milestones untuk memacu bisnes sendiri.
  • Bagaimana Mendapatkan Persijilan Halal : Usahawan akan dilatih menilai sistem pelaksanaan bisnes dan pengeluaran produk sedia ada untuk mematuhi garis panduan persijilan halal. Usahawan juga akan diberikan garis panduan memperolehi persijilan halal.
  • Bookkeeping for Small Business : Usahawan akan belajar langkah demi langkah untuk membuat analisis penyata pendapatan dan lembaran imbangan bisnes. Program ini menyediakan platform bagi melaksanakan proses pengurusan kewangan yang efektif menggunakan system perakaunan terkini.Branding, Pendaftaran & Pengkomersilan TrademarkUsahawan akan dilatih secara hands-on bagaimana membina brand dengan betul. Selain itu, usahawan diajar mengenai proses pendaftaran harta intelek dan cara mengkomersilkan brand bagi memacu perkembangan bisnes.
  • Business Budgeting : Usahawan akan mengaplikasikan proses penyediaan dan pelaksanaan bajet bisnes yang sistematik. Usahawan akan dilatih merangka pelan khusus untuk melakukan transaksi bisnes dengan mengambil kira margin dan break-even.
  • Business Model Canvas : Program ini ditawarkan bagi membantu usahawan menggunakan Business Model Canvas sebagai instrumen untuk membangunkan model bisnes. Usahawan akan merangka strategi bisnes berdasarkan faktor kritikal kejayaan bisnes sekaligus membezakannya dengan pesaing.
  • Membangunkan Business Standard Operating Procedure : Usahawan akan membangunkan SOP bisnes secara terperinci bagi mempertingkatkan operasi bisnes yang konsisten untuk menjamin kualiti produk atau perkhidmatan berada di tahap optimum.
  • Pemasaran dan Jualan : Usahawan akan mengaplikasikan teknik dan strategi praktikal jualan untuk meningkatkan pendapatan bisnes. Usahawan juga akan dilatih merangka segmentasi pasaran dan jualan untuk mengenal pasti pasaran yang tepat.
  • Pemasaran Media Sosial : Usahawan akan belajar langkah-langkah membina online presence untuk bisnes mereka dan strategi pemasaran efektif melalui media social. Selain itu, usahawan dapat mengaplikasi teknik copywriting dalam media social.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Latihan
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

      Maklumat Agensi

      Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
      Unit 2.4, Tingkat 2, Surian Tower,
      No. 1, Jalan PJU 7/3,
      Mutiara Damansara,
      47810 Petaling Jaya,
      Selangor Darul Ehsan
      47810 Selangor

      Tel    :      03-78488800
      Faks :      03-78488900

      Waktu Perkhidmatan

      Hari Bekerja :
      Isnin - Jumaat
      Waktu Bekerja :
      8.30 Pagi - 5.30 Petang
      Waktu Rehat :
      1.00 Petang - 2.00 Petang