KEBENARAN MENGIKLANAN JEMPOL

Agensi : Majlis Daerah Jempol (MDJ)
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan) 1992, tiada seorang pun boleh mempamerkan apa-apa iklan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Majlis selain daripada iklan-iklan yang dikecualikan di bawah undang-undang kecil 18. Iklan ini juga merujuk kepada iklan kain rentang, banting atau apa-apa jenis iklan yang dimansuhkan di bawah undang-undang kecil tersebut.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Negeri Sembilan
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Setiap permohonan untuk mempamerkan iklan hendaklah menggunakan borang khas yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Jempol.
    • Bagi permohonan iklan yang berbentuk kain rentang atau banting, pemohon dikehendaki membawa semua iklan tersebut semasa permohonan dibuat untuk pemeriksaan.
    • Kelulusan akan diberikan pada masa permohonan itu setelah pegawai penjaga berpuashati dengan iklan yang hendak dipamerkan.
    • Pihak Majlis akan mengeluarkan satu pelekat kelulusan dan akan dilekatkan pelekat tersebut pada setiap helaian kain rentang atau banting yang dikemukakan.
    • Papan iklan untuk ditempatkan di premis tidak perlu dibawa semasa permohonan dibuat.
    • Bayaran akan dikenakan berdasarkan jenis, saiz dan bilangan iklan yang hendak dipamerkan.
    • Lesen untuk mempamerkan papan iklan akan diberikan untuk jangka masa selama satu tahun dan lesen perlu diperbaharui apabila tamat tempoh. Sementara jangka masa lesen untuk mempamerkan iklan yang berupa kain rentang atau banting diberikan selama satu bulan sahaja.
    • Jika pemohon ingin memperbaharui lesen tersebut, mereka perlu mengemukakan kembali kain rentang atau banting tersebut kepada pihak Majlis. Pihak Majlis akan memberikan kelulusan hanya kepada kain rentang atau banting yang didapati masih elok dan bersih.

    Maklumat Agensi

    Majlis Daerah Jempol (MDJ)
    Ibu Pejabat
    Majlis Daerah Jempol,
    Bandar Seri Jempol,

    72120 Negeri Sembilan

    Tel    :      06-4581233
    Faks :      06-4585800

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang