KEUSAHAWANAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT)

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Imej dan persembahan produk yang baik adalah penting dalam pemasaran, selain daripada faktor harga, promosi dan lokasi. Sehingga kini, kebanyakan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) belum mampu untuk menyediakan pembungkusan dan pelabelan yang sesuai dengan kehendak perundangan dan pasaran.Sehubungan itu, FAMA menyediakan perkhidmatan peningkatan imej dan persembahan produk bagi membolehkan produk PKS memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
  • Akses Pasaran
  • Bantuan Peralatan
  • Khidmat Nasihat
  • Pemasaran & Promosi
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Semua Usahawan PKS layak memohon.
  • Berdaftar dengan FAMA.
  • Semua entiti perniagaan milikan tunggal, syarikat berhad dan syarikat sendirian berhad.
  • Setiap usahawan hanya boleh diberikan perkhidmatan bagi satu produk yang dikeluarkan sahaja.
  • Produk yang dikeluarkan mesti halal.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Sila lihat laman sesawang untuk maklumat lanjut. 

Maklumat Agensi

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
Batu Caves
68100 Selangor

Tel    :      03 61262020
Faks :      03 61383650

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang