KEUSAHAWANAN LADANG KONTRAK

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Salah satu projek berimpak tinggi yang di perkenalkan sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal. Program ini di jalankan secara integrasi di bawah konsep MOA Inc. melibatkan Jabatan/Agensi seperti Lembaga Pemasaran  Pertanian Persekutuan, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Agrobank, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Akses Pasaran
  • Bantuan Peralatan
  • Khidmat Nasihat
  • Pemadanan Perniagaan
  • Pemasaran & Promosi
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Individu perseorangan atau kelompok petani atau syarikat.
  • Memiliki kawasan tanah.
  • Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam proses tanaman yang diusahakan.
  • Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi tanaman yang diusulkan.
  • Mempunyai modal kerja yang mencukupi.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Sila lihat laman sesawang untuk maklumat lanjut. 

Maklumat Agensi

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
Batu Caves
68100 Selangor

Tel    :      03 61262020
Faks :      03 61383650

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang