KEUSAHAWANAN PERUNCITAN - AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT (AKAR)

Agensi :
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Program Agrobazaar kedai rakyat adalah program bagi membantu premis perniagaan milik usahawan yang telah menjalankan perniagaan barangan keperluan harian secara runcit untuk menampilkan imej perniagaan yang lebih menarik, kemas dan tersusun. FAMA akan membekalkan barangan runcit pada kedai - kedai yang terlibat dengan harga yang berpatutan.Program ini menyediakan pinjaman pelbagai peralatan yang telah ditentukan oleh FAMA dan berkaitan dengan produk, kursus keusahawanan dan pembekalan bahan - bahan promosi (bunting, banner, flaglina, beg plastik dan lain - lain).

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Kuala Lumpur
Lain-lain kelayakan
  • Usahawan mestilah warganegara Malaysia yang telah menjalankan perniagaan serta berumur 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa permohonan.
  • Telah menjalankan perniagaan mengumpul, membeli, menjual hasil-hasil pertanian.
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang : 
    • Sijil pendaftaran syarikat (SSM)
    • lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT
    • Lesen runcit barang kawalan.
    • Lesen runcit beras.
  • Memiliki modal yang mencukupi dan mempunyai rekod perniagaan yang baik.
  • Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersedia mematuhi peraturan yang ditentukan oleh FAMA.
  • Komiditi jualan mestilah sekurang-kurangnya 30% barangan segar dan 70% barangan runcit. 
  • Usahawan mestilah bersedia menerima bekalan 5 jenis barangan keperluan yang dibekalkan oleh FAMA (beras, gula, tepung gandum, minyak masak dan kelapa) dan menjualnya pada harga yang telah ditetapkan.
  • Wajib mengikut kursus pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh FAMA.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Borang Permohonan Agrobazaar Kedai Rakyat

Maklumat Agensi





Tel    :     
Faks :     

Waktu Perkhidmatan