KEUSAHAWANAN PERUNCITAN AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT (AKAR)

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Program Agrobazaar kedai rakyat adalah program bagi membantu premis perniagaan milik usahawan yang telah menjalankan perniagaan barangan keperluan harian secara runcit untuk menampilkan imej perniagaan yang lebih menarik, kemas dan tersusun. Ia berkonsep premis perniagaan milik usahawan yang menjalankan perniagaan barangan keperluan harian secara runcit, dengan menawarkan harga berpatutan dan menampilkan imej yang menarik, tersusun, kemas dan seragam di seluruh negara. FAMA akan membekalkan barangan runcit pada kedai - kedai yang terlibat dengan harga yang berpatutan.Program ini menyediakan pinjaman pelbagai peralatan yang telah ditentukan oleh FAMA dan berkaitan dengan produk, kursus keusahawanan dan pembekalan bahan - bahan promosi (bunting, banner, flaglina, beg plastik dan lain - lain).

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Akses Pasaran
  • Bantuan Peralatan
  • Khidmat Nasihat
  • Pemadanan Perniagaan
  • Pemasaran & Promosi
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Usahawan mestilah warganegara Malaysia yang telah menjalankan perniagaan serta berumur 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa permohonan.
  • Telah menjalankan perniagaan mengumpul, membeli, menjual hasil-hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman jangka pendek dan ternakan aqua atau hasil-hasil ternakan di samping menjual barangan keperluan asas.
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang:
  • Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
  • Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Lesen Runcit Barang Kawalan
  • Lesen Runcit Beras
  • Memiliki modal yang mencukupi dan mempunyai rekod perniagaan yang baik.
  • Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersedia mematuhi peraturan yang ditentukan oleh FAMA.
  • Usahawan mestilah bersedia menerima bekalan 5 jenis barangan keperluan yang dibekalkan oleh FAMA (beras, gula, tepung gandum, minyak masak dan kelapa) dan menjualnya pada harga yang telah ditetapkan.
  • Wajib mengikuti kursus pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh FAMA.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Borang Permohonan Agrobazaar Kedai Rakyat

Maklumat Agensi

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
Batu Caves
68100 Selangor

Tel    :      03 61262020
Faks :      03 61383650

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang