KEUSAHAWANAN PERUNCITAN - GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR (GBBS )

Agensi :
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Setiap usahawan yang dipilih di bawah program Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman peralatan, bahan-bahan promosi serta bimbingan dan khidmat nasihat pakar. Program GBBS akan membantu usahawan untuk menampilkan imej yang menarik, teratur, kemas dan peragaan yang seragam di seluruh negara dari segi rekabentuk kanopi, rak jualan buah dan penggunaan warna dan bahan-bahan promosi. Permohonan terbuka kepada peniaga runcit buah - buahan tempatan di seluruh negara yang telah sedia berniaga di lokasi strategik dan berdaya maju. 

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Kuala Lumpur
Lain-lain kelayakan
  • Warganegara Malaysia yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun berkaitan buah-buahan dan mempunyai lesen perniagaan yang sah disisi undang-undang.
  • Usahawan mesti berdaftar dengan FAMA melalui pengisian borang permohonan GBBS.
  • Buah-buahan serta produk berasaskan buah tempatan sahaja yang boleh diurusniagakan di gerai berkenaan.
  • Komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walaubagaimanapun buah-buahan import dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 30% daripada nilai keseluruhan urusniaga pada setiap masa.
  • Produk yang dipasarkan hendaklah sentiasa dalam keadaan segar dan berkualiti.
  • Hari dan waktu perniagaan hendaklah ditentukan secara tetap mengikut kesesuaian tempat dan permintaan pengguna.
  • Usahawan terpilih tidak boleh menukar hak milik, memajak, menyewa semula atau apa-apa bentuk perpindahan hak milik ke atas gerai tersebut.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi





    Tel    :     
    Faks :     

    Waktu Perkhidmatan