KEUSAHAWANAN PERUNCITAN GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR (GBBS)

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Premis Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Program ini dikenali sebagai program pembangunan usahawan GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR atau nama singkatannya GBBS. Setiap usahawan yang dipilih di bawah programGBBS akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman peralatan, bahan-bahan promosi serta bimbingan dan khidmat nasihat pakar. Program GBBS akan membantu usahawan untuk menampilkan imej yang menarik, teratur, kemas dan peragaan yang seragam di seluruh negara dari segi rekabentuk kanopi, rak jualan buah dan penggunaan warna dan bahan-bahan promosi.Permohonan terbuka kepada peniaga runcit buah - buahan tempatan di seluruh negara yang telah sedia berniaga di lokasi strategik dan berdaya maju.

Jenis Premis Yang Disediakan
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Usahawan mestilah warganegara Malaysia yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun berkaitan buah-buahan dan mempunyai lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang.
  • Usahawan mesti berdaftar dengan FAMA melalui pengisian borang permohonan GBBS
  • Buah-buahan serta produk berasaskan buah tempatan sahaja yang boleh diurusniagakan di gerai berkenaan.
  • Komoditi buah-buahan utama yang diurusniagakan mestilah terdiri daripada buah-buahan tempatan. Walau bagaimanapun buah-buahan import dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 30% daripada nilai keseluruhan urusniaga pada setiap masa.
  • Produk yang dipasarkan hendaklah sentiasa dalam keadaan segar dan berkualiti.
  • Hari dan waktu perniagaan hendaklah ditentukan secara tetap mengikut kesesuaian tempat dan permintaan pengguna.
  • Usahawan terpilih tidak boleh menukar hakmilik, memajak, menyewa semula atau apa-apa bentuk perpindahan hakmilik ke atas gerai tersebut.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Setiap pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan GBBS yang boleh diperolehi di Pejabat FAMA berhampiran atau melayari www.fama.gov.my atau klik disini.

Maklumat Agensi

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
Batu Caves
68100 Selangor

Tel    :      03 61262020
Faks :      03 61383650

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang