KEUSAHAWANAN PERUNCITAN MOTOR 3 RODA

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Pewujudan Program Motosikal 3 Roda adalah merupakan sebahagian komponen Projek Pembangunan Agrobazaar Kedai Rakyat. Program ini terbentuk berikutan timbulnya keperluan untuk mengatasi masalah lebihan hasil-hasil pertanian di kawasan luar bandar melalui usahawan peraih Motorsikal Tiga Roda yang dilantik oleh FAMA. Mereka berperanan sebagai pengumpul membeli hasil-hasil pertanian di kampung - kampung dan memasarkannya melalui rangkaian Agrobazaar Kedai Rakyat, peserta Pasar Tani, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) atau secara jualan langsung terus kepada pengguna melalui Pasar Tani.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Bantuan Peralatan
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan tidak melebihi 60 tahun
  • Telah menjalankan aktiviti perniagaan mengumpul hasil-hasil pertanian di kampung-kampung.
  • Mempunyai Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan nama pemilik didaftarkan dalam geran pemilikan hak milik oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). * Kadar bayaran pendaftaran bagi penama  individu adalah sebanyak RM40.00 manakala kadar bayaran bagi pendaftaran syarikat adalah sebanyak RM60.00
  • Mesti mempunyai lesen memandu motorsikal kelas B2- Motorsikal tidak melebihi  250sp dan lesen C - Motorsikal Tiga Roda yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kadar bayaran sebanyak RM 30.00
  • Mempunyai Lesen GDL - Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang Malaysia dari Sekolah Memandu yang dilantik oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Semua bayaran kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Sekolah Memandu adalah ditanggung oleh peserta.
  • Keutamaan kepada usahawan Agrobazaar Kedai Rakyat, usahawan Gerai Buah- Buahan Segar, peserta Pasar Tani yang berperanan sebagai peraih dan peraih-peraih sedia ada di kawasan kampung.
  • Menandatangani perjanjian jual-beli Motorsikal Tida Roda dan memahami syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian.
  • Menandatangani AkuJanji Penjagaan dan Penyelenggaraan Motorsikal Tiga Roda.
  • Membuka akaun simpanan Malayan Banking Bhd. (MBB) bagi tujuan pembayaran ansuran bulanan.
  • Menandatangani borang kebenaran mendebit akaun untuk bayaran ansuran bulanan secara autodebit Malayan Banking Bhd. (MBB)
  • Wang pendahuluan diri sebanyak RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit Sahaja) hendaklah dibayar oleh usahawan semasa penyerahan Motorsikal Tiga Roda.
  • Pada atau sebelum 7 haribulan setiap bulan, usahawan mestilah membuat bayaran ansuran bulanan sebanyak RM100.00 melalui kaedah Arahan Tetap Bank (Standing Instruction) / Akaun Pemotongan Automatik(Autodebit) usahawan di mana bayaran ini adalah termasuk kos perkhidmatan perbankan.
  • Tempoh pembayaran balik adalah selama 32 bulan dari tarikh bayaran selepas ansuran pertama
  • Pembatalan "Hak milik dituntut" selepas tempoh 84 bulan dan bayaran telah dibuat sepenuhnya.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Borang Permohonan Program Motorsikal Tiga Roda.
  • Dokumen Perjanjian Jual Beli Motorsikal Tiga Roda  dan Surat AkuJanji.
  • Maklumat 139 Usahawan Motosikal Toga Roda Mengikut Negeri Sehingga Berakhir 30 April 2011.

Maklumat Agensi

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
Batu Caves
68100 Selangor

Tel    :      03 61262020
Faks :      03 61383650

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang