KEUSAHAWANAN PERUNCITAN PASAR TANI

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Tercetus dari idea perlunya diwujudkan ruang pasaran tersendiri bagi petani atau pengeluar memasarkan hasil keluaran mereka sendiri terus kepada pengguna. Pasar Tani sebagai Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna' telah menjadi institusi Pemasaran yang utama di Negara ini. Konsep Pasar Tani yang bercirikan mudah alih dan bersuasana karnival dengan identiti tersendiri telah dilancarkan pada 31 Januari 1985 di Johor Bharu. Pasar-pasar Tani yang telah diwujudkan adalah terdiri daripada Pasar Tani Mega, Pasar Tani Desaraya, Pasar Tani Borong, Pasar Tani Kekal dan juga Pasar Tani Bunga.Penubuhan Pasar Tani ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai petani bersikap lebih responsif serta mempercepatkan proses pembangunan sosioekonomi masyarakat tani iaitu selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN).

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Akses Pasaran
  • Khidmat Nasihat
  • Pemadanan Perniagaan
  • Pemasaran & Promosi
Kelayakan Perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Pengeluar
  • Usia tidak kurang 18 tahun dan lebih 60 tahun
  • Mengusahakan projek pertanian atau yang berasaskan pertanian.
  • Berkeupayaan mengendalikan urusniaga.
  • Sanggup menerima teguran atau cadangan FAMA.
  • Bersedia untuk ditempatkan dimana-mana Pasar Tani yang ditawarkan.
  • Melengkapkan borang permohonan Pasar Tani dan mengemukakan kepejabat FAMA yang berhampiran.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Sila lihat laman sesawang untuk maklumat lanjut.

Maklumat Agensi

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
Batu Caves
68100 Selangor

Tel    :      03 61262020
Faks :      03 61383650

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang