LESEN HIBURAN

Agensi : Lembaga Kemajuan Bintulu
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Borang permohonan boleh diperolehi daripada Unit Pelesenan, Pejabat PERBINDA dengan bayaran RM 1.00. Hantarkan borang yang lengkap diisi bersama semua dokumen yang dikehendaki ke alamat PERBINDA. Permohonan lesen ini membenarkan hiburan semasa seperti ekspo/pameran, karnival, konsert dan pesta ria.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Lesen Hiburan
  • Hiburan Semasa
    • Ekspo/Pameran
    • Karnival
    • Konsert
    • Pesta Ria
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Sarawak
Lain-lain kelayakan
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak. Jika tidak, pemohon mestilah mempunyai pas kerja sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • 1 salinan kad pengenalan 
  • 3 keping gambar (ukuran passport) 
  • Salinan Memorandum dan Artikel Pertubuhan serta Borang 4 (Butir-butir terperinci Pendaftaran Pengarah, Pengurus dan Pertukaran butir-butir) di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] 
  • Salinan Lesen Perniagaan yang telah dikeluarkan di bawah Ordinan Perniagaan, Profesion dan Perlesenan Perniagaan [Cap 33(1958)Ed] 
  • 5 salinan Pelan Lantai dan Lokasi premis 
  • Salinan Geran Tanah/Surat Hakmilik tanah Salinan Permit Pendudukan Bangunan (O.P) 
  • Surat Persetujuan daripada Pemilik Tanah atau Bangunan 
  • Salinan Bil Cukai Pintu yang telah dijelaskan 
  • 2 salinan gambar premis (1 gambar luaran dan 1 gambar dalaman) 
  • Surat Kelulusan daripada pihak BOMBA & Penyelamat Malaysia 
  • Mengemukakan Borang A

Maklumat Agensi

Lembaga Kemajuan Bintulu
Ibu Pejabat BDA
Wisma Bintulu
No 1 Jalan Tanjung Kidurong
Peti Surat 55
97007 Sarawak

Tel    :      +086-332011
Faks :      +086-336066

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang