LESEN HIBURAN PERMAINAN

Agensi : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Aktiviti hiburan yang diadakan dalam jangkamasa panjang di dalam tempat hiburan atau dalam premis bangunan yang telah mendapat lesen premis perniagaan hiburan atau lesen premis yang dibenarkan. Contoh permainan yang terlibat adalah seperti berikut:-

  • Pusat Hiburan Sekeluarga.
  • Bowling.
  • Snooker/Billiard/Pool.
  • Hiburan dengan mesin hiburan (Kiddy Rides & Mesin simulator).
  • Hiburan Juke Box.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Tayangan Amal
Kelayakan Perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang  permohonan lesen hiburan dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut:
    • Salinan memorandum dan perkara persatuan bagi syarikat dan borang 49 atau
    • Salinan borang A (pendaftaran perniagaan) atau borang B (pendaftaran perubahan dalam perniagaan) dan borang D (pengakuan pendaftaran perniagaan).
    • Perjanjian sewa bersetem (sekiranya menyewa) atau surat kebenaran menyewa dengan salinan kad pengenalan pemilik premis yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
    • 1 salinan kad pengenalan pemohon.
    • 1 salinan pelan tapak dan 1 salinan pelan lokasi.
    • 2 keping gambar premis (luar) dan 2 keping gambar premis (dalam).

    Maklumat Agensi

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
    Menara DBKL 1,
    Jalan Raja Laut,

    50350 Kuala Lumpur

    Tel    :      03 2617 9000
    Faks :      03 26980460

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    7.30 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang