LESEN HIBURAN SEMASA (DBKL)

Agensi : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Hiburan Semasa adalah hiburan di mana ia dijalan hanya pada hari tertentu dan jangkamasa yang pendek. Contoh-contoh hiburan semasa: -Konsert, Drama/Teater, Karnival, Promosi, Pesta Ria, Tayangan Amal, Fesyen, Opera Cina, Ratu Cantik, Ekspo Pameran, Jamuan Makan Malam dan Pertunjukan Pentas.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Lesen Hiburan
  • Hiburan Semasa
    • Drama/Teater
    • Ekspo/Pameran
    • Jamuan Makan Malam
    • Karnival
    • Konsert
    • Pertunjukan Fesyen
    • Pertunjukan Pentas
    • Pesta Ria
    • Promosi
    • Tayangan Amal
Kelayakan Perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Kuala Lumpur
Lain-lain kelayakan
Syarat-syarat permohonan dalam bangunan
  • Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan melalui borang permohonan lesen hiburan yang boleh didapati di Jabatan Pelesenan DBKL.
  • Permohonan bagi pusat hiburan mala, pusat hiburan permainan dan pawagam / cinepleks hendaklah dibuat setelah mendapat lesen premis perniagaan hiburan atau lesen establisyemen makanan.
  • Permohonan bagi lesen hiburan semasa dalam bangunan hendaklah mengemukakan borang permohonan bersama dengan 4 salinan borang tersebut untuk siasatan dan ulasan Jabatan Polis.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan 1 salinan pendaftaran syarikat/pertubuhan atau keahlian Badan-badan profesional yang masih sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan surat sewa atau surat perjanjian yang dimatikan setem atau surat kebenaran tuan tanah atau pemilik bangunan atau pengurus bangunan yang dilantik.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan pelan tapak dan pelan lokasi.
  • Salinan kad pengenlan pemohon.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan 2 keping gambar luar premis dan gambar dalam premis.
Syarat-syarat permohonan di luar bangunan
  • Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan melalui borang A - permohonan lesen hiburan dan borang UH/JPL/01 yang boleh didapati di Jabatan Pelesenan DBKL.
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang ulasan bagi lain-lain jabatan berkaitan untuk ulasan jabatan tersebut.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan 1 salinan pendaftaran syarikat pertubuhan atau keahlian Badan-badan professional yang masih sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan surat sewa atau surat perjanjian atau kebenaran tuan tanah atau pengurus harta yang dilantik.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan pelan tapak, pelan susuatur(lay out plan) dan pelan premis.
  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan 2 keping gambar luar premis dan gambar dalam premis.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

Maklumat Agensi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur

Tel    :      03 2617 9000
Faks :      03 26980460

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
7.30 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang