LESEN HOTEL (MPS)

Agensi : Majlis Perbandaran Seremban
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengembalikan borang Lesen Tred yang telah diisi dengan lengkap dan terang serta mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.Setiap permohonan lesen akan diberi jawapan oleh pihak majlis dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan. Semua pemohon diingatkan supaya membuat pembaharuan dalam tempoh satu bulan sebelum tamat tempoh sah laku.Bayaran proses adalah RM 30.00.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Lesen Premis & Komposit
  • Lesen Hotel
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Negeri Sembilan
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Memorandum dan perkara persatuan bagi syarikat (Memorendum and Articles of Association), Borang 24 ( Return Of Allotment Register of Directors, Managers and Secretaries and changes of Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965.
    • Borang Komposit Bagi Permohonan Lesen Perniagaan Dan Iklan Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976
    • Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan 1956).
    • 12 salinan pelan lokasi yang menunjukkan di mana perniagaan hendak dijalankan dan disertakan (gunakan ruang di perkara F).
    • 1 salinan surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri).
    • 1 salinan pelan lantai premis berkenaan (kilang dan premis makanan sahaja).
    • 1 salinan sijil kelayakan menduduki bangunan (CF) (bangunan baru sahaja).
    • 3 keping gambar premis (pandangan hadapan) saiz 3R.
    • 1 salinan geran tanah atau sijil carian rasmi atau bil cukai tanah.
    • 1 salinan bil bayaran cukai pintu yang baru.
    • 1 salinan kad pengenalan.
    • Surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MIDA) jika pelabur antarabangsa.
    • Sila lekatkan 2 keping setem RM 0.50 dan penuhkan ruangan nama dan alamat di poskad yang disediakan.

    Maklumat Agensi

    Majlis Perbandaran Seremban
    Majlis Perbandaran Seremban,
    Jln Yam Tuan,
    Seremban,

    70990 Negeri Sembilan

    Tel    :      06-7667500
    Faks :      06-7637449

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang