LESEN IKLAN KEKAL (MBSA)

Agensi : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Permohonan lesen iklan kekal adalah untuk papan iklan yang diletakkan atau dipamerkan di hadapan premis atau di bahagian sisi premis. Permohonan ini meliputi papan iklan yang bercahaya atau tidak bercahaya. Setiap paparan bahasa bagi visual iklan perlu mendapatkan pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (Lihat garis panduan bagi permohonan lesen iklan mengikut kategori perniagaan).

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Lesen Iklan
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Selangor
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Lakaran iklan perlu jelas dan lengkap (lukisan dan tulisan tangan menggunakan pensil atau pen tidak diterima). 
    • Aktiviti syarikat hendaklah dinyatakan dalam Bahasa Malaysia dan saiz tulisan hendaklah 5% lebih besar daripada nama syarikat dan berkedudukan di atas nama syarikat.  
    • Pengusaha perlu mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa bagi visual iklan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sila hubungi DBP di talian 03-2147 9108/9/03-2147 9110 untuk maklumat lanjut. 
    • Pengusaha dikehendaki melampirkan lakaran lokasi pemasangan papan iklan mengikut pelan lokasi yang dinyatakan. 
    • Maklumat papan iklan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat-maklumat seperti ukuran papan iklan, ukuran perkataan serta nyatakan samada ianya bercahaya atau tidak bercahaya. 
    • Pengusaha dikehendaki menyediakan ruangan untuk mempamerkan nombor rujukan kelulusan papan iklan di sebelah bawah, penjuru kanan. 
    • Papan iklan yang dipasang menghalang struktur bertingkap dan berkaca adalah tidak dibenarkan. 
    • Papan iklan yang dipasang mestilah tidak melepasi bumbung bangunan. 
    • Struktur iklan hendaklah mendapatkan kelulusan Jurutera bertauliah atau berdaftar. 
    • Pemohon tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Iklan Majlis.

    Maklumat Agensi

    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    Majlis Bandaraya Shah Alam
    No 1, Wisma MBSA,
    Persiaran Perbandaran,
    Shah Alam
    40000 Selangor

    Tel    :      03 - 5510 5133
    Faks :      03 - 5510 8010

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.30 Pagi - 5.30 Petang
    Waktu Rehat :
    2.00 Petang - 1.00 Petang