LESEN KOMPOSIT BERISIKO PERINDUSTRIAN (MBSA)

Agensi : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Permohonan lesen komposit ini adalah lesen perindustrian yang meliputi semua kawasan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam. Lesen komposit ini adalah gabungan lesen premis dan lesen papan iklan.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Lesen Iklan Paparan Sementara
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Selangor
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G dan Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13.
    • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama empat (4) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan.
      • Borang D dan Borang A (ROB).
      • Borang 9 dan 49 (ROC) atau Borang 13 (tukar nama).  
      • Salinan Kad Pengenalan.
      • Salinan Pendaftaran Pertubuhan/Persatuan/Kelab.  
      • Salinan CCC/CF.Salinan Permit Bangunan (Jika Berkenaan).
      • Pihak tuan diminta merujuk Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF).
      • Contoh Lakaran Papan Iklan. Rujuk rajah A
      • Contoh Lakaran Pelan Lokasi. Rujuk rajah B
      • Contoh Lakaran Pelan Lantai .Rujuk rajah C
    • Borang Permohonan Lesen Komposit yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13 atau di Kaunter Utama tingkat G.

    Maklumat Agensi

    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    Majlis Bandaraya Shah Alam
    No 1, Wisma MBSA,
    Persiaran Perbandaran,
    Shah Alam
    40000 Selangor

    Tel    :      03 - 5510 5133
    Faks :      03 - 5510 8010

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.30 Pagi - 5.30 Petang
    Waktu Rehat :
    2.00 Petang - 1.00 Petang