LESEN PENJAJA BEREDAR (DBKL)

Agensi : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Lesen Penjaja
Kelayakan Perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Kuala Lumpur
Lain-lain kelayakan
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Mengemukakan permohonan bertulis kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur (dengan mengisi borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil) *borang diberikan secara percuma.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di Kaunter Jabatan yang bertempat di Tingkat 4 Menara DBKL 2 (borang boleh didapati secara percuma) atau secara on-line dengan melayari laman web http://elesen.dbkl.gov.my.
  • Sertakan salinan kad pengenalan.
  • Sertakan dua (2) keping gambar berwarna berukuran pasport.
  • Sertakan pelan lokasi tempat perniagaan yang dipohon (untuk gerai tepi jalan sahaja).
  • Sertakan gambar lokasi dari sudut kiri, kanan dan hadapan (untuk gerai tepi jalan sahaja).
  • Membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM2.00 di Kaunter Pendaftaran Jabatan di Tingkat 4 Menara DBKL 2.

Maklumat Agensi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur

Tel    :      03 2617 9000
Faks :      03 26980460

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
7.30 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang