LESEN PREMIS / & LESEN IKLAN UNTUK PERNIAGAAN (TRED PERNIAGAAN)

Agensi : Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Memberi perkhidmatan dan pemprosesan pengeluaran lesen berkaitan perniagaan kepada peniaga-peniaga dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor berpandukan akta, enakmen dan undang-undang kecil yang berkuatkuasa.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Lesen Iklan Paparan Sementara
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Selangor
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • 5 salinan borang permohonan yang lengkap diisi dengan HURUF BESAR serta jelas (termasuk borang asal)
    • 2 salinan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan Borang B dan Borang D (Pendaftaran Perubahan Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1965 (Alamat SSM sama dengan Alamat Perniagaan)  atau Memorandum dan Perkara Persatuan bagi Syarikat (Memorandum and Articles of Association), Borang 24 (Returnof Allotment of Shares) dan Borang 49 (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries and Changesof Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965 yang telah diperakui oleh Setiausaha Syarikat.
    • 2 salinan Perjanjian Sewaan (jika disewa) yang telah di stamping atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri) yang telah diperakui oleh Pesuruhjaya Sumpah / Commisioner of Oath.
    • 2 salinan geran (jika bangunan lama / tanah persendirian ) atau Salinan Perjanjian Sewa Beli
    • 3 salinan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF)
    • 2 salinan Geran atau 'Sales and Purchase Agreement'
    • 3 salinan resit cukai taksiran (sudah berbayar)
    • 2 salinan resit cukai tanah
    • 4 keping gambar premis (4 sisi berbeza dan 4 salinan yang berwarna - 1 depan, 1 belakang, 2 dalam)
    • 5 salinan pelan lokasi (bukan Google Maps)
    • 2 salinan pelan lantai
    • 3 salinan lakaran yang menunjukkan butir-butir lengkap iklan
    • 3 salinan kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka
    • 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran passport.
    • 3 salinan kad pengenalan pemohon
    • 2 salinan surat pemeriksaan doktor termasuk suntikan Typhine VI- Bagi Pengendali Makanan dan Minuman (Temasuk pemohon & Pekerja & IC)
    • 2 salinan sijil kursus Pengendalian Makanan- Bagi setiap pengendali makanan dan minuman sahaja (Temasuk pemohon & Pekerja & IC)
    • 1 salinan dokumen ubah suai dalaman / luaran 
    • 1 salinan resitpembelian pemadam api.

    Maklumat Agensi

    Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
    Majlis Daerah Hulu Selangor,
    Jalan Bukit Kerajaan,
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    44000 Selangor

    Tel    :      603 - 6064 1331
    Faks :      603 - 6064 3991

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.30 Pagi - 5.30 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang