MALAYSIA'S BEST

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Malaysia's Best merupakan program nasional yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya FAMA. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan buah-buahan tempatan yang berkualiti. Seperti gelarannya, Malaysia's Best ialah buah-buahan tempatan yang dieraku telah melalui proses pemilihan yang teliti daripada peringkat pemilihan biji benih sehinggalah buah-buahan itu dipasarkan. Segala-galanya menepati standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. hanya buah-buahan yang menepati standard ini yang layak menggunakan lambang Malaysia's Best.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Akses Pasaran
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Hanya buah-buahan hasil keluaran ladang yang diakreditasikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia melalui Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) dan juga telah melalui proses pengesahan gred, pembungkusan dan perlabelan oleh FAMA akan layak untuk menggunakan logo Malaysias Best.Pemohonan untuk menggunakan logo Malaysias Best ini hendaklan dikemukakan kepada FAMA menggunakan borang permohonan yang telah disediakan. Satu sijil kebenaran penggunaan logo Malaysias Best akan dikeluarkan kepada pemohon yang layak dan sijil ini hendaklah sentiasa dipamerkan di premis pemohon.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    Bangunan FAMA Point,
    Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
    Bandar Baru Selayang,
    Batu Caves
    68100 Selangor

    Tel    :      03 61262020
    Faks :      03 61383650

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang