MARA ENTREPRENEUR GUARANTEE SCHEME (MEGS)

Agensi : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan Bank Rakyat bagi menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin. Antara kemudahan pembiayaan yang ditawarkan termasuklah modal kerja, pembelian aset dan pembiayaan projek/kontrak.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
Lain-lain kelayakan
Syarikat Bumiputera berstatus Sendirian Berhad :
  • Perniagaan telah beroperasi dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini.
  • Modal berbayar sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah pembiayaan bank.
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit.
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat.
Perniagaan Bumiputera berstatus milikan tunggal atau perkongsian :
  • Perniagaan telah beroperasi dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini.
  • Perniagaan hendaklah mempunyai rekod jualan minimum RM 500,000.00 setahun.
  • Perniagaan mestilah mempunyai penyata bank bagi tempoh 6 bulan terkini.
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit.
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

Maklumat Agensi

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Pejabat Ketua Pengarah MARA
Tingkat 26, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Tel    :      03-26132000
Faks :      03-2692 8993

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi - 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang