MENINGKATKAN IMEJ DAN PERSEMBAHAN PRODUK

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Imej dan persembahan produk yang baik adalah penting dalam pemasaran, selain daripada faktor harga, promosi dan lokasi. Sehingga kini, kebanyakan usahawan PKS belum mampu untuk menyediakan pembungkusan dan pelabelan yang sesuai dengan kehendak perundangan dan pasaran.Sehubungan itu, FAMA menyediakan perkhidmatan peningkatan imej dan persembahan produk bagi membolehkan produk PKS memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Akses Pasaran
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Semua usahawan PKS Asas Tani adalah layak untuk memohon. Keutamaan akan diberi kepada usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi tetapi belum mampu untuk menyediakan pembungkusan yang bersesuaian untuk memasuki pasaran yang lebih besar.
  • Berdaftar dengan FAMA
  • Mempunyai syarikat sekurang-kurangnya enterprise.
  • Setiap usahawan hanya boleh diberikan perkhidmatan bagi satu produk yang dikeluarkan sahaja.
  • Keutamaan diberikan kepada usahawan PKS tahap 3 ke atas.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    Bangunan FAMA Point,
    Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
    Bandar Baru Selayang,
    Batu Caves
    68100 Selangor

    Tel    :      03 61262020
    Faks :      03 61383650

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang