PEMBIAYAAN MIKRO-I ME2

Agensi : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Menawarkan pembiayaan kepada mikro enterpris dan peniagakecil dalam bentuk modal pusingan dan pembiayaan kapital. Ini termasuklah membiayai pembelian/pembayaran perkhidmatan atau stok yang berkaitan langsung dengan produk/perkhidmatan yang dijalankan serta membiayai pembelian aset tetap.Pembiayaan ini memberi kadar keuntungan 5% setahun atas kadar rata (flat rate), tanpa bayaran proses dan tiada cagaran diperlukan. Namun, pembiayaan bertindih tidak dibenarkan.Jumlah pinjaman:RM50,000 (Margin Pembiayaan maksimum 90% daripada modal pusingan dan/atau perbelanjaan kapital).Tempoh pinjaman: 3 bulan hingga 5 tahun.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Syarikat Sendirian Berhad
  • Milikan Tunggal
  • Individu
Kelayakan Mengikut Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan tidak melebihi 65 tahun semasa tamat pembiayaan.
  • Terbuka kepada pengusaha atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara langsung dan sepenuh masa.
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
  • Jenis pemilikan perniagaan yang dibenarkan adalah Pemilik Tunggal, Persendirian, Syarikat Sdn Bhd, Perkongsian.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah tidak bertentangan dengan syariah.
  • Telah menjalankan perniagaan lebih dari 6 bulan dan menetap di dalam kawasan perniagaan.
  • Telah mendapat sokongan SME Corp untuk memohon pembiayaan di Bank Rakyat.
  • Mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat.
  • Mempunyai rekod kredit yang bersih dan tidak disenaraihitamkan.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

Maklumat Agensi

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Menara 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat,

50470 Kuala Lumpur

Tel    :      03-2612 9600
Faks :      03-2612 9636

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang