PEMBIAYAAN MIKRO-I MPPK

Agensi : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil (Pembiayaan Mikro-i MPPK) diperkenalkan oleh KPDNKK melalui Bank Rakyat kepada penjaja dan peniaga kecil untuk membantu menaik taraf perniagaan. Bagi permohonan pembiayaan ini, penjamin tidak diperlukan, tiada kadar keuntungan, tiada bayaran proses dan tiada cagaran. Jumlah pinjaman: Sehingga RM3,000. Tempoh pinjaman: Antara 12 hingga 36 bulan.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
  • Milikan Tunggal
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Terbuka kepada individu atau penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa.
  • Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Tidak muflis.
  • Jenis pemilikan yang dibenarkan adalah: Pemilik tunggal, Persendirian, Perkongsian.
  • Menjadi ahli persatuan yang berdaftar.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Borang Permohonan Pembiayaan Mikro-i MPPK.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Maklumat Agensi

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Menara 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat,

50470 Kuala Lumpur

Tel    :      03-2612 9600
Faks :      03-2612 9636

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang