PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Agensi : Tekun Nasional
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Pembiayaan perniagaan untuk memulakan dan memajukan perniagaan, dari RM1,000 hingga RM100,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman antara enam bulan hingga 10 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman).

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
  • Milikan Tunggal
  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Bumiputera (semua skim).
  • Berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  • Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (pinjaman di bawah RM5,000 tidak perlu pendaftaran perniagaan dengan SSM).
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
  • Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan (pinjaman sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan).
  • Satu pinjaman bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isi rumah).
  • Bayaran balik pinjaman RM20,000 sehingga RM100,000 menggunakan bayaran cek tertunda tarikh (post-dated cheque).
  • Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
  • Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman / perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan (kecuali permohonan di kalangan siswazah).
  • Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

Maklumat Agensi

Tekun Nasional
Ibu Pejabat TEKUN Nasional
No 2, Jalan Tasik Selatan 4
Bandar Tasik Selatan

57000 Kuala Lumpur

Tel    :      03-9058 8550
Faks :      03-90595777

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi - 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang