PENDIDIKAN

Agensi : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) merupakan salah satu bahagian di sektor pendidikan MARA yang bertanggungjawab mengawal, merancang dan menyelia aktiviti-aktiviti yang dijalankan di KPM, KM, UniKL, KPTM dan GMI. Di samping itu, BPT juga memainkan peranan untuk menjayakan matlamatnya seiring dengan matlamat MARA iaitu:

"Untuk melaksanakan tanggungjawab ke arah peningkatan pendidikan profesional dan separa profesional dalam bidang perakaunan,perdagangan dan pengurusan perniagaan serta kejuruteraan teknologi melalui institusi-institusi pengajian di bawah kawalannya."

Menjadi penyumbang utama kepada pengwujudan K-Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam generasi keenam ilmu inovasi (6th Generation Innovation).

Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan meliputi usahawan yang boleh menjana kekayaan, melahirkan tenaga kerja kompeten dan pelajar Bumiputera cemerlang. Untuk mencapai matlamat ini BPP menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran di pelbagai peringkat pengajian bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor pekerjaan. Tumpuan utama diberikan kepada bidang pengajian yang merangkumi bidang-bidang keberhasilan pendapatan tinggi dan akan menumpukan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu Minyak, Gas & Tenaga, Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan, Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektrik & Elektronik, Pemborongan & Peruncitan, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, Komunikasi & Infraskruktur, Pertanian, dan Greater Kuala Lumpur.

BPP memfokuskan untuk melahirkan lebih ramai graduan bertaraf Doktor Falsafah dan Profesional ke arah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai minda kelas pertama demi mencapai matlamat pembangunan modal insan berteraskan kepada perkembangan bakat keperluan negara.

Untuk menjaga kebajikan para pelajar tajaan MARA di luar negara, BPP juga memiliki 8 cawangan Pejabat MARA Luar Negara iaitu di Amerika Syarikat, England, Jerman, Ireland, Australia, Indonesia, Mesir dan Russia.

Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) merupakan salah satu bahagian yang ditempatkan di bawah Sektor Pendidikan MARA. Latihan kemahiran MARA telah bermula di Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka pada tahun 1968. Sehingga kini, BKT mengendalikan 10 buah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan 13 buah Institut Kemahiran MARA (IKM) di seluruh Malaysia.

Dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir, maka pelbagai bidang dan program telah ditawarkan bagi memastikan latihan kemahiran MARA yang kini dikenali sebagai Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV), dapat mengisi dan menyumbang keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri dan negara.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Insentif
  • Modal Teroka
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

      Maklumat Agensi

      Majlis Amanah Rakyat (MARA)
      Pejabat Ketua Pengarah MARA
      Tingkat 26, Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan MARA
      50609 Kuala Lumpur

      Tel    :      03-26132000
      Faks :      03-2692 8993

      Waktu Perkhidmatan

      Hari Bekerja :
      Isnin - Jumaat
      Waktu Bekerja :
      8.30 Pagi - 5.30 Petang
      Waktu Rehat :
      1.00 Petang - 2.00 Petang