PENJENAMAAN AGROMAS DAN OLEMAS

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Agromas adalah jenama yang dibangunkan oleh pihak FAMA yan mana pihak FAMA bertanggungjawab memasarkan produk-produk tersebut.OleMas adalah jenama yang dibangunkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan merupakan jenama nasional bagi produk-produk PKS tempatan yang mana pihak FAMA membantu menguruskan pemasaran bagi produk-produk tersebut.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Akses Pasaran
  • Pemasaran & Promosi
  • Memberi khidmat nasihat dari segi penjenamaan, pelabelan dan pembungkusan.
  • Mengadakan program promosi dan 'in-store promotion' dan hebahan media.
  • Pemilihan produk-produk PKS yang bersesuaian untuk dijenamakan atas nama jenama AgroMas mengikut syarat-syarat dan terma-terma yang telah ditetapkan oleh pihak FAMA.
  • Merekabentuk pembungkusan produk usahawan PKS serta menjenamakan produk PKS tersebut kejenama AgroMas.
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Mempunyai produk yang berpotensi untuk dimajukan.
  • Produk yang hendak dijenamakan adalah produk usahawan PKS sendiri.
  • Nilai jualan SKU yang dipohon - RM50,000 >/ tahun.
  • Keputusan Program audit Pembekal (PAP) Gred B.
  • Mempunyai Sijil Halal dan GMP.
  • Mematuhi Akta Makanan.
  • Ciri-ciri produk untuk penjenamaan:
    • Unik.
    • Kurang Pesaing.
    • Berpotensi untuk berkembang.
    • Mendapat permintaan ramai
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    Bangunan FAMA Point,
    Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
    Bandar Baru Selayang,
    Batu Caves
    68100 Selangor

    Tel    :      03 61262020
    Faks :      03 61383650

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang