PERMIT HIBURAN (MBSA)

Agensi : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Kategori Entri : Pendaftaran Syarikat & Perlesenan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Permohonan permit hiburan ini meliputi permohonan ekspo atau pameran dan permohonan pertunjukan pentas dan tayangan wayang gambar bergerak.Permohonan tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995 dan peruntukan Undang-Undang yang berkaitan. Pegawai Pelesenan berhak membatalkan kelulusan pada bila-bila masa. Justeru, pemohon perlu menepati perkara-perkara berikut: 

  • Sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar dan perlu mengadakan tong sampah serta kemudahan pengurusan sampah yang mencukupi.
  • Pemegang lesen hendaklah memastikan hiburan yang diadakan tidak menyebabkan kesesakan atau bahaya pada lalulintas.
  • Permainan berunsur perjudian tidak dibenarkan.
  • Tidak dibenarkan menjual, menghidang dan minum minuman keras di dalam premis hiburan tersebut.
  • Tidak dibenarkan membawa dan menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan penyalahgunaan dadah.
  • Tiada hiburan yang lucah atau ganas boleh dibenarkan di tempat hiburan.
  • Pihak tuan bertanggungjawab terhadap semua kemalangan yang berlaku di tapak hiburan atau pesta.
  • Hiburan hanya boleh dijalankan dalam tempoh masa dan tempat yang dinyatakan oleh pemohon di dalam borang lesen hiburan dan waktu aktiviti tidak melebihi jam 1.00 malam

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Lesen Hiburan
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Selangor
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan.
    • Borang Permohonan Ekspo/ Pameran yang telah dilengkapkan
    • Pemohon perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Polis dan mengemukakan kelulusan tersebut bersama-sama boring permohonan.
    • Mengemukakan surat kebenaran/ tawaran penyewaan daripada tuan tanah/ tempat hiburan/ bangunan.
    • Mendapatkan dan mengemukakan surat kelulusan daripada Jawatankuasa PUSPAL Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (bagi persembahan artis luar Negara).
    • Mengemukakan salinan Ahli Jawatankuasa yang terlibat.
    • Mengemukakan salinan aturcara atau program yang dijalankan.
    • Mengemukakan salinan senarai artis atau peserta yang mengambil bahagian.
    • Mengemukakan salinan sinopsis (lagu/drama/teater) dalam bentuk Cakera padat atau skrip.
    • Salinan jenis-jenis permainan (jika terdapat mesin-mesin permainan).
    • Perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja (JKKP) bagi mesin-mesin di tapak hiburan (contoh : bagi aktiviti pesta ria).

    Maklumat Agensi

    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    Majlis Bandaraya Shah Alam
    No 1, Wisma MBSA,
    Persiaran Perbandaran,
    Shah Alam
    40000 Selangor

    Tel    :      03 - 5510 5133
    Faks :      03 - 5510 8010

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.30 Pagi - 5.30 Petang
    Waktu Rehat :
    2.00 Petang - 1.00 Petang