PROGRAM PROMOSI PRODUK IAT DI PASAR TANI

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Sebahagian usahawan IAT tidak mampu ataupun tidak mempunyai peluang untuk mengadakan promosi kerana kos promosi yang tinggi dan dengan ini pemasaran produk tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan yang mengakibatkan jualan produk yang merosot seterusnya pendapatan yang berkurangan. Pengguna juga sukar mendapatkan produk IAT kerana kebanyakan usahawan masih tidak mampu memasarkan produk mereka dihypermarket dan kedai-kedai runcit. Lantaran itu Program Promosi Produk IAT di Pasar Tani amat sesuai kerana faktor kos murah yang murah dan capaian kepada pengguna yang berkesan. 

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Akses Pasaran
  • Pemasaran & Promosi
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Permohonan untuk menyertai program ini boleh dikemukakan oleh usahawan dengan mengisi borang IAT 01-04/09 dan mengembalikan borang ini kepada pegawai PKS negeri.
  • Tiada apa-apa bayaran dikenakan kepada usahawan yang menyertai program promosi ini.
  • Segala bentuk bayaran yang terlibat dalam program promosi ini adalah dibawah tanggungan peruntukan 'Pemasaran-Pameran & Karnival Jualan' Ibu Pejabat.
  • Usahawan mestilah berdaftar dengan FAMA.
  • Produk yang dikeluarkan mestilah halal.
  • Tempoh masa maksima penyertaan usahawan dalam program ini adalah selama 3 bulan.
  • Usahawan hendaklah mematuhi terma dan syarat urusniaga serta operasi pasar tani.
  • Usahawan perlu menyediakan sendiri peralatan serta kelengkapan untuk aktiviti promosi.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    Bangunan FAMA Point,
    Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
    Bandar Baru Selayang,
    Batu Caves
    68100 Selangor

    Tel    :      03 61262020
    Faks :      03 61383650

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang