PUSAT PEMASARAN PRODUK

Agensi : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Kategori Entri : Premis Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Pusat Pemasaran Produk adalah premis FAMA yang dilengkapi dengan kemudahan pemprosesan makanan, peralatan pembungkusan dan pelabelan yang boleh digunakan oleh usahawan PKS untuk mengeluarkan produk.

Keterangan Lokasi

  • PMMF Rengit, KM 36, Sg Kluang, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.
  • PMMF Kuala Selangor, KM 8, Sg Terap, 45500 Tg Karang, Selangor.
  • PMMF Bachok, Batu 18, Kg tangok, 16070 Jelawat, Bachok, Kelantan.
  • Kilang Kopi Banting, Jalan Pulai, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor.
  • Kilang Kuala Nerang, Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
  • Kilang Lahad Datu, Km 6, Jalan Tengah Nipah, Peti Surat 61287, 91121 Lahad Datu, Sabah.

Jenis Premis Yang Disediakan
  • Kilang (Untuk Disewa)
  • Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Pemasaran Produk adalah secara Sewaan Sepenuh Masa atau Sewaan Had Masa Tertentu.
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Semua usahawan PKS Asas Tani adalah layak untuk memohon. Keutamaan akan diberikan kepada usahawan yang mempunyai produk berpotensi untuk dipasarkan tetapi tidak memiliki kemudahan pengeluaran yang bersesuaian.
  • Berdaftar dengan FAMA
  • Mempunyai syarikat sekurang-kurangnya enterprise.
  • Produk-produk yang dikeluarkan mestilah halal.
  • Menandatangani perjanjian sewaan dan menjelaskan bayaran yang berkaitan seperti yang termaktub dalam perjanjian
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    Bangunan FAMA Point,
    Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
    Bandar Baru Selayang,
    Batu Caves
    68100 Selangor

    Tel    :      03 61262020
    Faks :      03 61383650

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang