SEWAAN PREMIS MAJLIS DAERAH JEMPOL

Agensi : Majlis Daerah Jempol (MDJ)
Kategori Entri : Premis Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Bagi menggalakkan pertumbuhan pembangunan ekonomi dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada mesyuarat setempat di Jempol, beberapa lot gerai, kilang, pejabat, rumah kedai dan bengkel kepunyaan pihak majlis disewakan pada kadar yang rendahdan berpatutan. Kadar sewa yang dikenakan adalah berbeza-beza mengikut jenis,lokasi dan saiz.

Jenis Premis Yang Disediakan
  • Rumah Kedai (Untuk Disewa)
  • Pejabat (Untuk Disewa)
  • Kilang (Untuk Disewa)
  • Gerai (Untuk Disewa)
Kelayakan Perniagaan
  • Semua jenis perniagaan
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Negeri Sembilan
Lain-lain kelayakan
    Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
    • Permohonan sewaan premis MDJL perlu menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Jempol. Setiap permohonan yang dikemukakan akan diproses dan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Lalulintas, Gerai dan Perlesenan untuk dipertimbangkan.
    • Sebelum seseorang mengemukakan permohonan sewa premis MDJL, mereka perlu memastikan lot yang hendak disewa tersebut kosong dan tiada penyewa lain. Kepastian ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian 06-4581233 dan bercakap dengan pegawai di Unit Gerai dan Perlesenan.
    • Keputusan daripada mesyuarat permohonan tersebut akan dikemukakan kepada pemohon secara bertulis dalam jangkamasa 1 bulan.
    • Kepada pemohon yang berjaya, mereka dikehendaki menjelaskan sejumlah bayaran yang merangkumi perjanjian sewa. Mereka juga dikehendaki berhubung terus dengan pihak Jabatan Bekalan Air dan Tenaga Nasional Berhad bagi penyediaan bekalan air dan elektrik. Setiap premis yang disewa tidak dibenarkan bagi penyediaan atau ubahsuai tanpa kebenaran daripada pihak MDJL.

    Maklumat Agensi

    Majlis Daerah Jempol (MDJ)
    Ibu Pejabat
    Majlis Daerah Jempol,
    Bandar Seri Jempol,

    72120 Negeri Sembilan

    Tel    :      06-4581233
    Faks :      06-4585800

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.00 Pagi - 5.00 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang