SKIM IBU 1 IKTISAD (PERKONGSIAN UNTUNG)

Agensi : Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Al-Mudharabah adalah pinjaman berbentuk syariah merujuk kepada perjanjian di mana pelanggan menyerahkan modal kepada bank dengan maksud supaya bank melaburkan wang tersebut ke dalam perniagaan yang halal di sisi syarak dan pembahagian keuntungan akan dibahagikan kepada dua pihak tersebut mengikut nisbah yang telah dipersetujui semasa akad. Had pinjaman adalah dari RM1,000 hingga RM5,000. 

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Pinjaman
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
  • Milikan Tunggal
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Perak
Lain-lain kelayakan
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang bermastautin dan menjalankan perniagaan di negeri Perak
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 59 tahun
  • Tidak mempunyai pembiayaan semasa dengan agensi lain
  • Berpendapatan di bawah RM1500
  • Menjalankan perniagaan tunggal
  • Perniagaan yang berlandaskan syariah.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Foto terkini (ukuran passport) dua salinan
  • Kad pengenalan satu salinan
  • Kad pengenalan isi rumah satu salinan
  • Dokumen pengesahan OKU (jika ada) satu salinan
  • Surat perjanjian / kebenara sewa kedai / tanah dan sebagainya satu salinan
  • Kebenaran / permit perniagaan satu salinan
  • Sijil kemahiran dan setaraf dengannya satu salinan
  • Sebut harga / dokumen sokongan satu salinan
  • Gambar - gambar kediaman dan premis perniagaan.

Maklumat Agensi

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Aras D-2-1,Greentown Square,
Jalan Dato' Seri Ahmad Said,
Ipoh
30450 Perak

Tel    :      05 - 255 5945
Faks :      05 - 255 5941

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang