SKIM JAMINAN USAHAWAN MARA (SJUM)

Agensi : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Kategori Entri : Pembiayaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

Skim Jaminan Usahawan MARA merupakan pembiayaan syariah kepada usahawan Bumiputera. Panel bank yang dilantik MARA akan menawarkan kemudahan pinjaman menggunakan dana mereka dan MARA akan bertindak sebagai penjamin. Jumlah jaminan adalah dari RM 500,000.00 sehingga RM 2 juta. MARA menjamin sehingga 80% daripada jumlah pinjaman oleh bank. 

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Jaminan
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
  • Koperasi
  • Milikan Tunggal
  • Syarikat Sendirian Berhad
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Semua Negeri
Lain-lain kelayakan
  • Perniagaan Bumiputera berstatus Sendirian Berhad, Perkongsian dan Milikan Tunggal.
  • Perniagaan telah beroperasi dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini.
  • Modal berbayar sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah permohonan.
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit.
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank komersil
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan

    Maklumat Agensi

    Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    Pejabat Ketua Pengarah MARA
    Tingkat 26, Ibu Pejabat MARA,
    21, Jalan MARA
    50609 Kuala Lumpur

    Tel    :      03-26132000
    Faks :      03-2692 8993

    Waktu Perkhidmatan

    Hari Bekerja :
    Isnin - Jumaat
    Waktu Bekerja :
    8.30 Pagi - 5.30 Petang
    Waktu Rehat :
    1.00 Petang - 2.00 Petang