SKIM LATIHAN AUTOMOTIF AMANJAYA (SLAA)

Agensi : Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Kategori Entri : Sokongan Perniagaan


Status permohonan :
Masih Dibuka

Keterangan

SLAA adalah program latihan jangka pendek dan merupakan alternatif kepada pelatih latihan kemahiran. Pelatih akan diberi latihan kemahiran secara langsung oleh pengusaha bengkel dengan menggunakan kemudahan bengkel dan peralatan. Usahan ini memberi peluang latihan lebih meluas kepada pelatih lepasan sekolah untuk mendapatkan kemahiran asas bagi membolehkan mereka meneruskan latihan lanjutan atau memasuki pasaran kerja.Kursus dijalankan secara sepenuh masa di bengkel-bengkel automotif yang dilantik oleh YBU Education Services. Pelatih akan dianugerahkan sijil tamat kursus yang dikeluarkan oleh YBU Education Services mengikut tahap dan pencapaian pelatih.Yayasan Bina Upaya (YBU) Education Services akan menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM200.00 sebulan dan pengusaha bengkel RM100.00 sebulan sepanjang pengajian selama enam (6) bulan.

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Khidmat Nasihat
  • Latihan
  • Pensijilan
Kelayakan Perniagaan
  • Individu
Kelayakan Mengikut Negeri
  • Perak
Lain-lain kelayakan
  • Belia berumur 17 hingga 35 tahun yang boleh membaca dan menulis.
  • Syarat-syarat lain mengikut keperluan kursus contoh.
  • Tidak buta warna, tiada kecacatan anggota.
Dokumen-dokumen Sokongan Yang Diperlukan
  • Borang Permohonan Program Latih Skim Latihan Automotif Amanjaya.

Maklumat Agensi

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
Aras D-2-1,Greentown Square,
Jalan Dato' Seri Ahmad Said,
Ipoh
30450 Perak

Tel    :      05 - 255 5945
Faks :      05 - 255 5941

Waktu Perkhidmatan

Hari Bekerja :
Isnin - Jumaat
Waktu Bekerja :
8.00 Pagi - 5.30 Petang
Waktu Rehat :
1.00 Petang - 2.00 Petang